mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain. El yang kini sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas. Pantang Zain silap cakap sikit pasti El akan merajuk berjam-jam. Zain hanya mampu bersabar meskipun dia geram kerana dilayan seperti ‘bibik’.
Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur saja. Pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif. Zain mengajak El menonton drama Korea bersama-sama, belajar mengait melalui internet, membuat buku skrap artis pujaan El iaitu Lee Min Ho dan banyak lagi.
Selepas ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan Umrah, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zain. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisara muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya suka perangai Maisara yang gila-gila, kelakar dan nakal. El mula buat perangai dengan mengurung dirinya di dalam bilik.
Post a Comment