Like & Come Join Us !

Sembunyi: Amukan Azazil (2013)

   

Sinopsis Filem Sembunyi: Amukan Azazil

Sembunyi: Amukan Azazil yang diterbitkan Grand Brilliance (GB) dan Filmscape mengisahkan perjalanan Aishah lakonan Diana Danielle yang hidup pada zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan sebaik sedar dia mendapati dirinya berada di kampung yang sunyi.

Aishah diberikan tempat berlindung oleh Ibu Yani lakonan Umie Aida selepas diselamatkan anak teruna lakonan Remy Ishak. Tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari yang kampung itu juga punya rahsia tersendiri.

Aishah sering didatangi kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu yang roh jahat tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik saja Aishah menjejakkan kakinya di sana.

Bagaimanapun misteri itu dijelaskan pada pengakhiran kisahnya.

Filem Sembunyi: Amukan Azazil lakonan aktor berbakat besar, Remy Ishak, Umie Aida, Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad dan Emelda Rosmila.

Filem ini menelan belanja sekitar RM1.8 juta itu adalah ekspresi idea Kabir Bhatia yang cukup berbeza berbanding karyanya yang terdahulu.
Share this video :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MO - JAYBEE (MOVIE ONLINE) - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger